Wan Shamsuddin Mohd Yusof

Datuk Dr Wan Shamsuddin bin Mohd Yusof (lahir pada 18 September 1932)[1] ialah Tokoh Sejarawan Negara dan Pengerusi Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah (PSMCK).[2]Beliau menerima Anugerah Felo Persatuan Sejarah Malaysia (PSM) 2011 kali ke-6 pada 25 Februari 2012. anugerah itu diberikan kerana sumbangan dan khidmat mereka dalam memelihara dan memulihara Sejarah Melayu dan Sejarah Malaysia amnya.Wan Shamsuddin ialah seorang pengiat sejarah terkenal di Kedah, serta aktif dalam perjuangan warisan dalam bidang sastera dan budaya hampir setengah abad. Beliau juga mengetuai ekspedisi kaji selidik sejarah dan membongkar tinggalan sejarah di Kedah dan menemui penemuan penting negara sebagai pengesahan keturunan lagenda rakyat Kedah, Puteri Mahsuri, di Kampung Kemala, Phuket, Thailand pada 1988 setelah Wan Aishah, generasi ketujuh Mahsuri ditemui di sana.[3]